Kitorang berdua dibesar oleh Atuk dengan Uwan kat Jeram. Along ni kecik kecik lagi dah Uwan ajar masak, siang ikan, semua kerja kerja dapur. Aku pulak, kena dera Atuk menyapu daun pokok jambu air kat depan rumah tu. Tensionnnn!!!!!
Sekolah rendah kami adalah Sekolah Kebangsaan Jeram. Aku sempat masuk tadika sebelum masuk sekolah rendah. Memori kat sekolah dengan dia tak banyak sebab dia dah ada geng kawan perempuan dia sendiri. Kak Norsaadah yang paling aku ingat.
Pelajaran Along kat sekolah rendah sampai sekolah menengah sederhana aje. Lulus la semua periksa, takda yang kantoi. Tapi, satu yang paling paling aku suka dan respek adalah tulisan tangan dia, cantik sangat sangat, bukan macam tulisan cakar ayam aku.
Form 1 sampai Form 3, dia sekolah kat Sekolah Menengah Tengku Idris Shah kat Kapar. Lepas SRP, Mak dengan Ayah bawak dia ke Kelana Jaya, sekolah kat Sekolah Menengah Seaport. Aku pulak kat Asrama Tun Doktor Ismail.
Aku tak berapa ingat apa yang dia buat lepas habis SPM. Tak silap aku, ada kerja dengan Daud Catering, ada pergi Kolej Subang kot. Lepas tu adalah bercinta cinta dengan sorang mamat ni sampai Uwan bawak air pengeras nak pisahkan diorang. MANTAP!!!!!
Lepas tu Along dapat kerja kat Taman Pertanian Shah Alam. Masa tu taman ni baru nak start dan nak diteroka. Masa ni jugak Along dapat sorang kawan, aku panggil Kak Eja, dia duduk dengan kami kat Kelana Jaya. Kerja aku masa tu jadi despatch boy diorang, menghantar Along dengan Kak Eja ke bus stop Batu 10, naik kapcai despatch aku tu. Bengkek gak, pagi pagi nak kena bangun tu.
Kemudian Along kenal sorang mamat ni, first time diorang dating, Along suruh aku jadi bodyguard dia..he he he. Alhamdulillah, dia kawin dengan Bang Lan, sekarang anak dah 3.
Rumahtangga diorang sederhana, biasalah mesti ada goyang goyang sikit. Aku pun tolong setakat mana yang mampu. Along pun banyak tolong dengar komplen, pot pet aku ni. Kalau kitorang ada communication breakdown dengan Mak/Ayah, salah sorang jadi pengantara. Masa mak dengan ayah nak ambik Ijan pun, Along happy gak. Aku pun sama happy lah!!!
Khamis lepas aku sambut harijadi ke 41. Pagi tu dia ada sms selamat harijadi. Aku balas tq ahaks ahaks. Petang pukul 6 lebih, Bang Lan called, kata Along kat Tropicana Medical Center. Dia dah blur blur, passed talipon kat doktor bertugas, Dr Suren. Dia kata, Along kena strok dan perlu rawatan serta merta. Bang Lan risau pasal duit, aku tak peduli terus diorang buat test, dan carik mana mana hospital kerajaan yang boleh ditransfer. Alhamdullilah, walau ada beberapa rintangan, akhirnya Along dapat masuk wad kat HKL dan terus dibedah.
Aku sedih teramat sangat. Terkenangkan Along yang memang selama ni tempat aku mengadu hal diri, lebih lebih masa aku kena kanser dulu. Terkenangkan Mak, yang memang lemah dengan berita macam ni. Terkenangkan anak anak Along aku, sebab abang ipar aku ni blur blur lagi. Kami dah sepakat, bila Along keluar nanti, dia akan duduk dengan aku untuk proses fisio dia. Aku dengan mak akan jaga dia.
Diri sendiri? Aku akan mengubah rancangan tahun ni. Perancangan nak kembara keretapi Moscow ke Beijing sekarang ni aku dah tak rasa penting lagi. Aku nak jaga Along dan nak dia sihat sebaik mungkin.
Tengahari tadi, Along dah boleh berbisik kat aku, dia nak balik. Tangan aku dia dah boleh genggam, dia mintak aku picit kaki kanan dia. Alhamdulillah!!
No comments:
Post a Comment