Akhirnya, berjaya menghabiskan kesemua CD siri lagenda ini. Humor dan komedi yang segar dan tidak lekang ketawa. Banyak tauladan yang diambil. Sungguh tenang dan segar melihat the good ol' British comedy dan melihat penjiwaan watak setiap ahli kelas. Mereka sungguh harmoni dan komplimen satu sama lain.
Lawak mereka, walaupun adakalanya bersifat rasis dan keagamaan, namun tetap lucu dan tidak menimbulkan kemarahan. Apa agaknya ramuan mereka? Sekarang, sikit sikit dah sensitif. Bagaimana la semua karakter tu sekarang. Yang pasti, Barry Evans yang memegang watak Mr Brown sudah pun meninggal dunia dan pekerjaan terakhir beliau adalah sebagai pemandu teksi. Tambah sayu bila mengenangkan yang beliau telah ditinggalkan dirumah kebajikan semasa masih bayi, jadi walaupun membesar menjadi pelawak, saya pasti beliau kesunyian juga.
Watak kegemaran saya? Kesemua mereka!!! Macam saya cakap tadi, semuanya menonjol dan mempunyai karater unik dan tersendiri. Semua lawak, semua MANTAP!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment