Penyampaian maklumat yang canggih dan tidak mengira waktu memberi cabaran baru buat pengurus, pentadbir, pengajar, pendakwah dan ilmuan Islam. Dulu, kita belajar ugama dari Ustaz dan pengajaran lebih bersifat communal. Kita tidak berani untuk berdebat dan mempersoalkan apa yang diajar Ustaz sebab kita tiada asas untuk perbandingan ajaran mereka. Perspektif Islam kita banyak terbentuk dari ajaran mereka.
Namun kini mereka kini sering dipersoalkan. Makin ramai yang belajar ke luar negara. Mereka melihat dan mengalami sendiri amalan Islam yang mungkin sedikit berbeza dari yang diajar di Malaysia. Antara "culture shock" awal saya sendiri ialah melihat cara mereka bersolat. Sedikit berbeza tapi terasnya masih sama. Di Malaysia, umat Islam hidup dalam struktur sosial yang paling tinggi dan dilarang sama sekali dipersoalkan. Di luar sana, ada negara di mana Islam adalah ugama minoriti dan saudara Muslimin dan Muslimat kita perlu hidup dalam low profile.
Walaupun sebilangan besar umat Islam di Malaysia adalah baik, ada juga sebilangan kecil yang agak riak dalam penampilan watak Islam mereka. Itu yang saya agak sedih.
Berbalik kepada tujuan asal "entry" ini, kita perlu lebih bersedia dan berisi dalam mempertahankan Islam dan applikasinya di dalam struktur pentadbiran, ekonomi, perundangan dan sosial di negara kita ini. Apabila dipersoal dan ditentang, janganlah kita bersikap "evasive", malah kita perlu hadapi dan membalas dengan hujah dan tindakan yang bersifat ilmiah dan bertamaddun. Apa yang saya lihat sekarang, kebanyakan masa kita lebih banyak menepis dari membalas.
Saya berpendapat, jika pasukan perang anda lebih kecil dari pihak lawan, cara yang paling senang untuk menang adalah dengan menabur keraguan di kalangan pihak musuh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment