Total Pageviews

Monday, April 7, 2014

She's very strong

Isnin, Apr 7 pukul 7pm.

Aku tengah upload gambar pegi Taman Rama Rama bila mak panggil. Dia mengadu tangan kiri dia tak boleh bergerak. Aku terus rasa semacam, takut dia kena strok lagi sekali.

Bila Rizal sampai rumah pukul 8 nak keluar dinner, aku terus bagitau dia to cancel. Aku panggil Faizul bersiap nak hantar mak ke UH. Hati aku berdebar sepanjang perjalanan. Mintak mintak semua ok.

Bila sampai kat E&T, doktor yang periksa bagitau yang mak aku kena strok, kena hantar buat test lagi. Sedih aku. Macam macam ujian dia terima. Sakit dia tak dapat aku berkongsi. Dengan kesedihan Along takda, tangan patah, badan lemah dan kena strok pulak. Tapi itulah....kata orang, kerana Allah sayang lah maka dia diuji. Aku diuji jugak.

Brain scan tunjuk ada pendarahan kat dua dua belah otak. Sambil aku menulis ni, tengah menunggu makluman selanjutnya dari hospital.

Mak aku ni sangat kuat orangnya.

Thursday, March 13, 2014

My best travel so far.

Hujung tahun 2011, aku mula merancang untuk naik keretapi Laluan Sutera. Ianya adalah landasan dari China ke Uzbekistan tapi tak sepopular tren Trans-Siberia tu.

Si Maz Kasmin nak join, aku pun buatkan bajet, semua sekali dalam RM15 ribu untuk perjalanan selama dua minggu. Aku dah bersedia untuk satu pengembaraan yang awesome!!!

Namun, macam orang cakap, Allah sentiasa ada rancangan yang lebih baik. Arwah Along kembali ke Rahmahtullah pada 11 Mac dan aku pun kensel trip tu pasal terkenangkan mak yang kesedihan teramat sangat.

Setelah berbincang dengan Bang Lan, kami setuju supaya Fadel dengan Fahmi duduk dengan aku. Pasal Faiz sekolah lagi, so dia stay dengan Bang Lan. Itupun pasal aku risau Bang Lan duduk sesorang.

Aku sedih tengok diorang. Nampak sugul dan hilang. Aku bagitau semua tiga tiga Fadel, Fahmi dengan Faiz, sekarang aku akan jaga dan tanggung semua belanja diorang. Fadel baru habis sekolah, Fahmi nak ambik SPM, Faiz PMR.

Fadel dah start kerja, so tak banyak hal sangat. Faiz pulak pendiam buat hal sendiri
 Si Fahmi ni yang ada isu sikit, tapi bila dah besar panjang nanti aku harap dia berubah.

Aku tahu yang diorang rasa terasing, sebab segan dengan aku. Aku pulak sibuk kerja sebab dah banyak perut nak tanggung. Diorang malu nak mintak duit belanja. Makan kat rumah pun segan segan. Pelan pelan aku slowtalk dengan setiap sorang. Alhamdulillah, sekarang diorang dah open dengan aku.

Aku jugak keinginan nak travel, nak shopping, nak gaya gaya. Tapi aku sedar, yang aku sekarang dah jadi mak dan ayah. Aku kena tinggalkan mentaliti bujang, dan ambik tanggungjawab sebagai parent.

Bajet bertukar, aku kena pastikan makanan cukup. Kena plan belanja sekolah Fahmi dengan Faiz. Standby belanja baju raya diorang jugak. Niat nak beli kereta, aku kensel sebab memang bajet lari nanti.

Bila aku start kerja Sime Darby, baru perasan takda baju kerja. Bajet tak cukup, so aku beli baju bundle aje. Ok la, kemeja RM5, seluar RM10. Belanjakan RM60 dapatlah 6 baju dengan 3 seluar.

Awal tahun 2013, mak kena hypertension. Semenjak tu sampai sekarang dia banyak terbaring. Jalan tak boleh, cakap pun tak terang. Sedih sangat aku sebab aku tahu dia masih murung semenjak Along meninggal. Nasib baik Ijan decided berenti kerja pasal anak dia dah makin besar. Kesian Ijan takda duit, so aku sekarang dah ada 8 orang nak tanggung. Mak pun sekarang kena jaga macam baby. Salinkan lampin, basuhkan berak, layan dia berborak dan dengar dia berleter semua orang.

Tapi aku tetap bersyukur sebab makanan dan belanja rumah tak putus. Kenduri kawin Fadel pun buat gotong royong, so banyak gak jimat. Aku terharu sebab banyak sedara datang tolong dan menyumbang.

Gaduh? Biasala, ada sikit sikit. Pengabisnya, Aciklah yang settlekan.

Alhamdulillah, masuk hari ini dah tahun kedua aku jadi single parent dan menanggung 8 perut. Aku bersyukur sangat sangat sebab Allah memberi aku jalan ini. Jalan ini payah, banyak keinginan kena dilupakan, ada kehendak kena tolak tepi.

Along mintak jaga anak dia, dan aku dah berjanji. Along mintak aku jaga emak dan aku dah berjanji.

Aku pulak? Ambik masa jugak nak adapt. Ada life bujang yang aku nak teruskan. Hati suka dan terpaut dengan Dila, tapi aku tahu dia dating someone. Dia terima aku sebagai kawan pun aku dah bersyukur. Allah nak tunjuk kuasaNya dengan mengurniakan deria cinta tapi tak tentu kita akan memilikinya. Ada la dating dengan sorang dua, tapi aku masih teringatkan Dila. Jumpa Ustaz dan aku luahkan. Dia suruh aku bersyukur kerana Allah membuka hati aku untuk seorang wanita. Aku kena bertanggungjawab dengan perasaan itu dan sentiasa berdoa yang baik baik untuk dia. Itulah yang aku buat. Jodoh aku mungkin liat, tapi demi janji aku pada Along, aku gembira kalau Dila dapat jodoh yang boleh berikan dia 100% perhatian.

Kepada Along, aku berterimakasih pada kau hidup dan mati. Walaupun kau dah bersemadi, kau masih berbudi pada aku. Kau telah bagi aku perjalanan yang aku takkan tukar walau sejuta kali aku boleh mengelilingi alam semesta ini. Kau bagi aku kunci syurga, menjaga anak anak kau dan emak. Aku doakan kau aman, tenang dan diluaskan alam barzakh kau di sana.

Terimakasih untuk kembara perjalanan yang sangat awesome ini.

Al Fatihah, Allahyarhamah Norita binti Jamaludin

Saturday, October 13, 2012

Thursday, March 22, 2012

Al Fatihah dan aku masih bersedih

Hari Sabtu 10/3 aku bawak Dila, Aidil, Rizal and Yati pegi trekking kat Fraser's Hill. Dah lama plan and aku pun excited jugak. Masa nak sampai Fraser's Hill, Yati muntah, sebab mabuk. Kesian dia and Aidil sporting aje. So, in the end cuma aku, Dila dgn Aidil buat trekking. Kami pegi Bishop's dan Hemnant Trail. Dila menjerit jerit pasal pacat. Waduhhh!!!!

Kami beransur balik sekitar tengahari dan dalam perjalanan turun, Fadel call dan kasitau Along tengah tenat, jantung terhenti 30 minit. Aku mintak Rizal hantar terus ke HKL, kesian diorang terpaksa skip lunch pasal kecemasan aku ni.

Sampai hospital, aku tengok Along dan dengan alat bantuan pernafasan. Hati dah tak tenteram, tapi terpaksa tenang sebab Mak dah layu sangat sangat. Alhamdulillah, ramai sedara datang dan tenteramkan Mak dan jugak vital signs nampak stabil. Nurse kata pagi tadi Along menangis dan BP dia naik mendadak, itu yang jadi nazak tu.

Kami balik beramai ramai dan around 6pm Mak Uteh called kata Along dah boleh gerak kaki dan bulu roma tangan dia meremang. Alhamdulillah sekali lagi. Aku bagitau Mak, nak bawak Along duduk Kelana Jaya, dia ambik bilik aku dan mulakan fisio secepat mungkin.

Sedang kami nak mula tidur malam tu, hospital call, suruh datang secepat mungkn sebab Along dah nazak semula. Ya Allah!!!! Kami rushed ke sana dan bila sampai kat HKL dalam 11.45pm, Along memang dah dalam perjalanan kembali ke rahmatullah. Menurut nurse, sekarang terserah kepada takdir dan menyuruh kami bersedia. Mak terus lemah dan macam nak pengsan. Semua yang datang pun dah menangis, termasuk Bang Lan dengan anak anak. Jam 12.05am Ahad 11/3 jantung Along berhenti berdenyut. Doktor datang dan buat pengesahan. Nurse memulakan proses membersih jenazah di katil. Bang Lan jadi kelabu, so Faizul, Bang Leman dengan aku, uruskan proses tuntut jenazah dan bawak balik ke rumah.

Aku ikut van bawak jenazah Along balik ke rumah. Pukul 1.30am, jenazah sampai kat rumah dan diletak di ruang tamu. Aku mula buat persiapan kebumi dan tahlil, terimakasih pada Pak Cik Yusof dan Pak Cik Rosli yang membantu. Dalam 2.30 aku masuk ke bilik dan menangis sedih yang teramat sangat. Aku dah kebumi Ayah, Atuk, Uwan dan Sabrina, tapi tak pernah aku rasa sesedih begini. Tak pernah sedetik pun aku membayangkan hidup aku tanpa Along. Sungguh sungguh blank! Aku tak ingat pun bila aku terlelap.

Pukul 6 pagi aku bangun, solat Subuh dan terus sambung baca Yassin untuk arwah. Dipersetujui untuk urusan mandi, mengapan dan van guna khidmat Tabung Haji dan di buat lepas Zuhur. Sedih tengok Mak yang sentiasa menangis masa Along tengah dimandikan. Aku ikut van dari Masjid Tabung Haji ke Tanah Perkuburan Kota Damansara. Sepanjang perjalanan, bermacam macam kenangan aku dengan Along bermain di kepala. Kami buat pondok atas katil, main galah panjang, main konda kondi, main rounders, bergaduh, bertengkar, makan steamboat, makan kat Hilton, dia ambik aku balik kerja kat Sodexho, dia kahwin, dia hantar aku pergi kerja, aku tersalah isi minyak diesel dalam kereta dia, kami pergi court angkat sumpah harta arwah ayah, dia masak untuk open house, aku hantar dia kat bus stop Batu 9, pegi cuti kat Melaka, cuti kat Port Dickson, pegi Singapore, pegi Cherating...ya Allah..banyak sungguh flashback.

Masa kebumi aku sambut jenazah ke liang lahat. Seorang adik menghantar kakaknya ke alam barzakh. Sedih dan sebak hanya Allah yang tahu, tapi aku bersyukur sebab dia tak payah menderita lagi. Emak tak ikut sebab sedih sangat. Alhamdulillah segala urusan pengkebumian selesai.

Kami buat tahlil 3 malam. Hari Sabtu 17/3 buat tahlil hari ke 7. Pagi Sabtu tu Mak menangis. Kami berbual dan berkongsi kenangan. Mak cakap, banyak banyak pengkebumian, ini yang paling sedih. Aku pun cakap benda sama dengan Mak. Pak Lang, Pak Uda, Ucu Lamah, Uwan Mon pun menangis. Aku sedih sangat sebab tak boleh menangis. Kena jadi tiang seri. Semua sedara mara terasa pemergian Along sebab dia sangat merendah diri dan peramah.

Tapi aku sedih sebab hilang seorang kakak yang sentiasa menyokong dan membantu adiknya. Orang tengok aku lebih senang dan berjaya dari Along, tapi mereka tak tahu yang Along lah yang sentiasa jadi tempat aku mencurah. Bila Mak kata dia tak nak aku kahwin dengan Cina, kat Along lah aku mencurah pasal Amy. Bila aku kena belasah kat asrama ATDI dulu pun, Along lah yang banyak menyemai semangat aku semula. Dia tak pernah tolak permintaan aku dihantar ke sana sini. Aku sedih bukan pasal dah takda orang nak buat semua tu. Aku sedih kerana tak dapat tengok dia hidup lebih senang dari yang sekarang.


Al Fatihah Along, dari adik kau ni yang selalu membebel.

Wednesday, March 7, 2012

Along Ita

Ingatan awal aku pasal Along ni adalah kenangan main pondok atas katil besi kat rumah Jeram. Aku belum tadika lagi masa tu. Bila malam, kami akan naik atas katil besi tu, susun bantal yang ada buat dinding, kemudian pakai cadar dengan selimut buat atap, ikat kat besi katil. Satu lagi, bila dia ajar aku macamana nak jadi Hantu Kum Kum, nak ikat kain pelikat cover muka tu. Along tua 2 tahun dari aku.

Kitorang berdua dibesar oleh Atuk dengan Uwan kat Jeram. Along ni kecik kecik lagi dah Uwan ajar masak, siang ikan, semua kerja kerja dapur. Aku pulak, kena dera Atuk menyapu daun pokok jambu air kat depan rumah tu. Tensionnnn!!!!!

Sekolah rendah kami adalah Sekolah Kebangsaan Jeram. Aku sempat masuk tadika sebelum masuk sekolah rendah. Memori kat sekolah dengan dia tak banyak sebab dia dah ada geng kawan perempuan dia sendiri. Kak Norsaadah yang paling aku ingat.

Pelajaran Along kat sekolah rendah sampai sekolah menengah sederhana aje. Lulus la semua periksa, takda yang kantoi. Tapi, satu yang paling paling aku suka dan respek adalah tulisan tangan dia, cantik sangat sangat, bukan macam tulisan cakar ayam aku.

Form 1 sampai Form 3, dia sekolah kat Sekolah Menengah Tengku Idris Shah kat Kapar. Lepas SRP, Mak dengan Ayah bawak dia ke Kelana Jaya, sekolah kat Sekolah Menengah Seaport. Aku pulak kat Asrama Tun Doktor Ismail.

Aku tak berapa ingat apa yang dia buat lepas habis SPM. Tak silap aku, ada kerja dengan Daud Catering, ada pergi Kolej Subang kot. Lepas tu adalah bercinta cinta dengan sorang mamat ni sampai Uwan bawak air pengeras nak pisahkan diorang. MANTAP!!!!!

Lepas tu Along dapat kerja kat Taman Pertanian Shah Alam. Masa tu taman ni baru nak start dan nak diteroka. Masa ni jugak Along dapat sorang kawan, aku panggil Kak Eja, dia duduk dengan kami kat Kelana Jaya. Kerja aku masa tu jadi despatch boy diorang, menghantar Along dengan Kak Eja ke bus stop Batu 10, naik kapcai despatch aku tu. Bengkek gak, pagi pagi nak kena bangun tu.

Kemudian Along kenal sorang mamat ni, first time diorang dating, Along suruh aku jadi bodyguard dia..he he he. Alhamdulillah, dia kawin dengan Bang Lan, sekarang anak dah 3.

Rumahtangga diorang sederhana, biasalah mesti ada goyang goyang sikit. Aku pun tolong setakat mana yang mampu. Along pun banyak tolong dengar komplen, pot pet aku ni. Kalau kitorang ada communication breakdown dengan Mak/Ayah, salah sorang jadi pengantara. Masa mak dengan ayah nak ambik Ijan pun, Along happy gak. Aku pun sama happy lah!!!

Khamis lepas aku sambut harijadi ke 41. Pagi tu dia ada sms selamat harijadi. Aku balas tq ahaks ahaks. Petang pukul 6 lebih, Bang Lan called, kata Along kat Tropicana Medical Center. Dia dah blur blur, passed talipon kat doktor bertugas, Dr Suren. Dia kata, Along kena strok dan perlu rawatan serta merta. Bang Lan risau pasal duit, aku tak peduli terus diorang buat test, dan carik mana mana hospital kerajaan yang boleh ditransfer. Alhamdullilah, walau ada beberapa rintangan, akhirnya Along dapat masuk wad kat HKL dan terus dibedah.

Aku sedih teramat sangat. Terkenangkan Along yang memang selama ni tempat aku mengadu hal diri, lebih lebih masa aku kena kanser dulu. Terkenangkan Mak, yang memang lemah dengan berita macam ni. Terkenangkan anak anak Along aku, sebab abang ipar aku ni blur blur lagi. Kami dah sepakat, bila Along keluar nanti, dia akan duduk dengan aku untuk proses fisio dia. Aku dengan mak akan jaga dia.

Diri sendiri? Aku akan mengubah rancangan tahun ni. Perancangan nak kembara keretapi Moscow ke Beijing sekarang ni aku dah tak rasa penting lagi. Aku nak jaga Along dan nak dia sihat sebaik mungkin.

Tengahari tadi, Along dah boleh berbisik kat aku, dia nak balik. Tangan aku dia dah boleh genggam, dia mintak aku picit kaki kanan dia. Alhamdulillah!!


Tuesday, September 27, 2011

Raya!

Dah lama tak menulis. Syawal pun dah ke penghujung. Alhamdulillah, tahun ni open house ada jugak kawan kawan yang datang. Si Elis lah yang paling mantap, sampai dekat 30 orang datang. Bagus, semua lauk masak cukup dan tak banyak membazir.

Penghujung Ramadan/awal Syawal hari tu aku agak aggresif sikit dalam posting facebook. Semuanya disebab dek disaster tourism Kelab Putera 1Malaysia. Masih ramai rakyat Malaysia ni yang tidak menghargai konsep bantuan kemanusiaan yang teratur dan tersusun, bukannya main belasah aje. Aku langsung tak nak persoal motif dan tujuan. Poltik ke, riak ke, itu hal dia dengan Allah. Tapi sistem dan proses kena betul!

Raya tahun ni dapat gak berjalan, walau tak sebanyak tahun lepas. Dapat melawat Bang Long Salleh, tapi tersentap bila Mak kasitau dia meninggal seminggu lepas tu. Uwan Mon macam biasa la, tapi dia memang rock!!

Alhamdulillah, dapat beraya lagi tahun ni.

Sunday, August 28, 2011

Ramadhan 1432 dah nak ke penghujungnya

Hari ini adalah hari last puasa. Aku bersyukur habis lengkapkan puasa tahun ni. Agak cliche sikit, tapi tahun ni aku rasa ada kepuasan yang lebih berbanding yang lepas. Kali terakhir aku rasa macam ni, pada tahun 2002, masa aku start kerja Carrefour.

Puasa tahun ni aku melaluinya dalam umur 40 tahun. Masih bujang, ada hati pada seseorang, tapi takda kesempatan nak menyampai. Tahun ini, rezeki agak baik dan Alhamdulillah, Allah memberi ruang dan sumber untuk berkongsi rezeki yang lebih sikit tu. Tahun ni aku berpuasa di rumah milik sendiri (walaupun beli dari mak).

Namun, kelapangan yang paling nyaman, ialah apabila aku berjaya mengasah dan melatih minda dan mulut. Aku lebih objektif dan pengamatan lebih tajam. Aku dah kurang marah dan berjaya membuang beberapa kebencian yang selama ini menjadi kebanggaan aku. Ada banyak lagi kelemahan dan kekurangan yang nak diatasi. Nak kena belajar mengaji balik ni.