Total Pageviews

Thursday, August 11, 2011

Ketuanan Melayu

Aku berpendapat Ketuanan Melayu perlu satu bentuk evolusi yang selari dengan arus sosial, ekonomi dan politik semasa. Kita dah tak boleh lagi menyalak laungan yang sama seperti generasi terdahulu. Suasana sudah berbeza berdasarkan faktor yang aku amati di bawah:-


  1. Bangsa Cina, India dan lain lain yang diklasifikasikan sebagai pendatang perlu diterima seadanya. Majoritinya dilahirkan, dibesar, dididik dan menyumbang kepada pembangunan negara. Konsep "pendatang" sudah tak boleh digunakan;

  2. Perkahwinan campur yang sudah menjadi kebiasaan di antara Melayu dan bangsa lain;

Aku risau dan sedih kerana pimpinan Melayu sekarang lebih cenderung kepada mempertahankan hak daripada membangunkan ekonomi dan ilmu. Sibuk nak pertahankan hak tapi kalau tak maju pun tak guna jugak. Tengok aje apa jadi dengan Kampung Abdullah Hukum, Kg Kerinchi dan Kg Baru.


Entahlah....

Friday, August 5, 2011

Kenangan di Asrama Tun Doktor Ismail

Tergerak nak tulis malam ni mengenangkan ATDI dan ATPN yang nak ditutup/diroboh tak lama lagi.

Aku duduk kat ATDI dari tahun 1984 sampai 1988. Terpilih masuk berdasarkan keputusan Peperiksaan Penilaian Darjah Lima yang agak baik. Di hantar kesekolah La Salle PJ, pengalaman hidup kat asrama ni banyak mempengaruhi pemandangan dan pemikian aku berkenaan persahabatan dan kepercayaan sampai dah umur 40 tahun ni.

Pada awal Form 1 sampai Form 2, prestasi pelajaran aku agak baik. Kemudian, masuk Form 3, aku dah mula main main sikit. SRP aku cukup cukup makan untuk aku terus stay asrama. Masuk Form 4, aku ke kelas Perdagangan.

ATDI ni kira asrama induk masa tu. Ada padang, court tenis, makmal sains, makmal bahasa dan perpustakaan. Asrama lain (ATPN dan ADL) akan datang bertandang ke sini untuk menggunakan kemudahan sama. Aku aktif dalam sukan bolasepak (jadi goalkeeper tu utk team ATDI dan Yayasan Selangor dan jugak Kapten team volleyball (walaupun aku pendek, tapi setting aku power!).

Bermula Form 3 sampai Form 5, aku dah mula selalu stayback. Selain dari aktiviti sekolah, aku jugak stayback balik rumah (yang ni kira illegal lah ). Bila keluar hujung minggu ke KL, aku akan balik tidur rumah. Ada masa jugak, aku bawak kawan kawan asrama datang sekali tidur.

Ada beberapa peristiwa yang aku tak boleh lupa.

Masa Form 3, ada sekali tu bilik kitorang kena serbu dengan lebah sampai buat sarang. Kitorang pukul dengan pembaris sampai buat bising satu asrama, sampai kena jerit dengan Ustaz.

Satu lagi, malam April Fool, baling belon isi air kat ATPN. Kantoi dengan Penolong Penguasa, kena libas kat tapak tangan.

Kemudian, malam kitorang menyelinap keluar, nak tengok Konsert Rusty Blade kat Stadium Negara.

Hari sukan gabungan ATDI dan ATPN.

Aku diberi kamera oleh Encik Yasin untuk jadi kameraman Yayasan

Malam Konsert Tahunan

Malam Freshie

Kes pukul? Biasalah....aku tak boleh lupa tengok Edzlyzam kena belasah pasal kononnya dia lorat. Kes pukul ni dah jadi macam jadi initiation nak tunjuk siapa jantan dan taiko besar la kononnya. Biasala, umur remaja, masing masing nak cari tempat dalam "sosial circle". Tauladan bulinya ialah, Takut=Respek. Itulah penyakit kat asrama ni.

Anyway, macam aku cakap, kehidupan di ATDI lah yang banyak membentuk pemikiran dan pendekatan aku berkenaan persahabatan dan kepercayaan sebab aku juga KENA PUKUL!!

Aku ingat lagi malam kena pukul tu. Masa tu asrama dah nak kosong dan tinggal kami Form 5 aje. Aku dah nak tidur, diorang kejut aku suruh datang meeting nak pegi Langkawi. Bila aku masuk bilik, hampir semua badge aku ada dalam bilik tu. Si Ajak (Razak Salaman) terus suruh aku duduk dan mula mukadimahnya pasal ada kes budak hilang wallet. Serta merta aku dipaksa untuk mengaku mencuri, masa tu aku sedar motif meeting tu. Aku ditanya kenapa selalu stayback, kenapa aku ada banyak duit beli kaset dengan buku buku rock, kat mana aku ada masa duit tu hilang. Aku kata aku tak ambik, "PANG!!!" kena lempang. Aku ingat Ajak, Shahril dan mungkin Rashdan dan Jalil join sekali. Entah berapa kali kena aku tak ingat diorang terus paksa aku mengaku.

Kemudian, aku di baring menelentang dan muka aku kena tutup dengan bantal. Masa tu aku berserah aje nyawa ni sebab dah tak boleh buat apa. Aku tahu sekarang macamana rasanya detik akhir kalau orang lemas. Allah masih nak kau hidup, bantal kena angkat dan diorang ugut nak call orang tua aku. Masa tu lah aku "mengaku". Aku dah sedih sangat dan tak nak orang tua aku sedih. Diorang bukan nak kebenaran, tapi hanya nak puaskan dengki aje aku rasa.

Aku sedih mengenangkan Ketua Pengawas dan Pengawas Asrama yang lain yang ada menyaksikan aku dipukul, buat tak tahu. Contoh, kuasa yang diberi hanya untuk hiasan. Aku sedih mengenangkan kawan kawan yang pernah aku bawak bermalam kat rumah aku berpaling muka dari aku. Semuanya terpaksa menjarakkan diri kerana tunduk atau terima pengaruh cemburu oleh beberapa orang.

Aku kemudian disuruh menulis surat pengakuan. Aku tulis macam diorang hendak. Malam tu aku buat keputusan untuk lari keluar asrama. Aku keluar dengan satu bag plastik aje. Habis semua gambar kenangan dan harta yang lain aku tinggalkan.

Sampai rumah aku cerita pada orang tua apa yang terjadi. Tapi Arwah Ayah aku berkeputusan untuk tidak memanjangkan isu ini sebab dia nak aku maafkan diorang dan lupakan semuanya. Aku tercengang sekejap dan kecewa. Double dos dissapointment. In the end aku memberontak sendiri. Lepas periksa aku kerja jadi despatch dengan Bakaruddin & Co kat Kampung Baru.

Malam aku kena pukul benar benar menghantui hidup aku sampai sekarang. Maruah dan harga diri aku hilang begitu saja malam tu. Sedih bila kena khianat oleh kawan kawan sendiri. Aku ingat sangat, ada di antara mereka yang betul betul aku anggap sebagai saudara yang tak sanggup bertentang mata, sebab aku dah nampak hina. Ialah, dah kena cap PENCURI. Dengan keputusan GAGAL SPM, aku teruskan hidup dan Alhamdulillah dapat kerja sebagai waiter dalam keretapi. Pernah beberapa kali aku terserempak dengan Yahya (Budak VI). Masa tu dia study kat ITM Segamat. Aku rasa kecikkkkk... sangat mendengar diorang semua masuk universiti, aku cuma pelayan. Pelan pelan, aku kikis semua ingatan kat asrama. Aku takkan maafkan diorang semua pasal mengkhianati aku.

Allah Maha Besar. Dengan usia muda (18tahun) dan kerja yang aku buat ke sana ke sini dalam keretapi, aku langsung tak terjebak, walaupun noda dan gelora jelas terbentang. Bayangkanlah, bilik yang company bagi berjiran dengan rumah pelacur, rumah nombor, rumah arak, rumah judi kiri dan kanan. Orang JB tahulah reputasi Jalan Wong Ah Fook.

Aku dianugerah dan dikelilingi oleh kawan kawan yang baik dan jujur. Kami sama sama melalui susah dan senang. Sentiasa membetulkan dan mengingatkan satu sama lain. Gaji cuma RM1.50 sejam, duduk kat JB dan Singapura, manalah nak lepas. Makan nasik dengan kuah kari aje sebab tak nak pokai. Mutalib, Shahron, Mr Kharul, Mr Neil, Mr Neesa, Mr Mani, Mr Kadir, Mr Yasin, Jeeva, Mr Low, Zaidi, Faizol, Rahim, Aini, Roslan, dan Mr Ibram. Diorang dan beberapa yang lain akan sentiasa aku kenang sebagai penjaga dan pembentuk di masa aku melalui umur dan perjalanan hidup yang genting. Hanya Allah yang tahu betapa aku sanjung amat amat, persahabatan kita, walau ada yang dah tak jumpa lagi. Sebab tu lah bila Tanjung Pagar nak tutup, aku sedih.

Finally, aku menulis entry ni sebagai tauladan untuk diri aku dan untuk sesiapa yang membacanya. Dikhianat, difitnah dan di pukul oleh sahabat amatlah pedih. Ditinggalkan kawan dalam keadaan dikhianat amatlah perit. Tidak dilindungi dan dibela oleh mereka yang berkuasa amatlah mengecewakan. Diadun semua sekali, boleh menjadikan seseorang itu hilang akal dan hilang iman. Aku dah melaluinya dan merasainya. Alhamdulillah, walupun aku masih belum alim sepenuhnya tapi aku dah mula tenang. Aku tak pernah hilang iman pada Allah, cuma aku kurang amalan. Aku juga dah maafkan mereka seperti Arwah Ayah hendak.

Itulah kenangan ATDI aku.

Tuesday, June 28, 2011

Tanjong Pagar Railway Station

Malam ni aku akan menaiki keretapi malam terakhir ke Singapura. Aku akan balik ke KL dengan keretapi terakhir yang akan meninggalkan Stesen Tanjung Pagar. Hati rasa amat sedih sebab stesen ini amat dekat di hati.





Habis sekolah, aku kerja despatch. Lepas 6 bulan aku dapat kerja sebagai "waiter" di atas keretapi. Mr Ramayah yang interview aku. Gaji aku RM1.50 sejam. Aku terima aje sebab aku takda kelulusan pun. Lagipun aku nak keluar rumah sebab malu fail SPM. Nasib baik aku sekolah La Salle PJ, jadi "London" aku kiranya mantaplah.





Tren pertama aku ialah Mel Malam KL-Singapura-KL. Supervisor pertama aku Mr Neil. Kawan kerja pertama aku Si Jeewa. Kat sini jugak lah aku mula belajar perkataan Chef, a la carte, buffet, sunny side up, dan yang sewaktu dengannya. Perjalanan 12 jam, berhenti di 22 buah stesen.





Koc Kantin biasanya akan diletak ditengah tengah, diantara 12 gerabak. Kalau musim perayaan akan jadi 24 gerabak. Semuanya Kelas 3, maknanya main belasah duduk. Kalau time sesak, sampai ada yang duduk kat tangga, celah gerabak dan sampai ke dalam toilet.





Selain melayan penumpang yang datang ke kantin untuk makan, aku juga akan berjalan ke setiap gerabak untuk menjual makanan dan minuman. Kami panggil tugasan ini Coach-to-Coach. Kami akan berentap hasil jualan dengan team dari tren yang lain. Menunya simple. Cuma ada Nasi Goreng, Mee Hoon Goreng, Nasi Lemak, Sandwich dan Burger. Minumannya adalah air tin, teh kopi beruncang dan Milo.





Aku rasa seronok dan suka kerja ni. Masuk kerja pukul 6.30 petang, siapkan barang, tolak ke Koc Kantin. Kitorang kadang kadang berlawan siapa boleh angkat cartoon can drinks paling banyak. Rekod aku 8 cartoon. Rekod tempat kerja 12 cartoons. Si Chris Grago yang pegang. Tren bertolak pukul 8 malam, sampai Tanjong Pagar 7 pagi besok.





Untuk tahun tahun berikutnya, aku naik pangkat dan naik gaji. Kerja tren yang lain jugak. Tapi yang pasti, aku akan sentisa di letak di laluan ke atau dari Singapura. Tanjong Pagar bukan setakat stesen untuk aku. Ianya rumah, ianya keluarga, ianya sekolah aku. Aku jumpa banyak orang yang memberi inspirasi untuk menjadi lebih baik di sini.

Friday, March 18, 2011

Cancer and heroism

It seems to be a trend to associate cancer survivor with heroism. There is this romantic idea of glorifying the survivors. I personally see no heroism in it. Why? Cancer survivor have what all of us have, a mind. And cancer survivor will always be on the positive mind, which everyone can be one. You have what they have, and it's all about being positive. Be one, act one and influence many.

Tuesday, February 8, 2011

Ayokkkk...maknyerrr....(latah mode)


Dari lahir sampai habis sekolah rendah, aku dibesarkan Arwah Atok Usop dengan Uwan Biah. Tapi, asuhan dan pendidikan keperibadian aku turut juga dibentuk oleh banyak Atok Atok dan Uwan Uwan yang lain. Antaranya Tok Long Jantan. Nanti aku check apa pertalian sedara kami.


Tok Long Jantan ni suami pada Tok Long xxxx (nanti aku cuba ingatkan namanya). Rumah diorang jauh gak ke belakang. Kalau tak silap aku la, ada jugak supply letrik dengan air paip. Anak anak diorang ada dalam 7 orang kot, semua rakan sepermainan walaupun pangkat diorang tu kira pak sedara dengan mak sedara.


Tok Long Jantan ni peramah dan happy-go-lucky. Dia suka melawak dan melatah. Kalau ada kenduri, dialah yang jadi target kena cucuk. Tok Long Jantan suka bergaya...jangan main main. Yang paling best sekali, dialah yang mengajar aku main kompang. Malam malam, lepas Isyak, aku dengan Along berjalan pegi rumah dia nak belajarlah. Kitorang pakai torchlight Atok atau pelepah kelapa ikat jadi obor, sambil halau nyamuk.


Kompang kat rumah dia pun dah ada "mark" sapa punya. Ucu Semah, Tok Cu Bulat, Mat Dom, Izan (anak Tok Cu Bulat), Pak Long Nasir and banyak lagi kot main kompang sampai pukul 9-10. Best..best.


Bila aku masuk sekolah menengah, lepas tu start kerja, dah jarang jumpa dia. Ada sekali tu sampai bertahun gak la. Alhamdulillah, raya tahun lepas dapat jumpa dia. Mak eiii...tak berubah langsung muka dia. Kuasa Allah kan, mungkin sebab hati dia baik dan hidup yang sederhana.


Wednesday, February 2, 2011

Kawad tak cantik


Masa sekolah rendah dulu ada satu form ni yang kena isi. Ianya pasal butir fizikal tapi ada satu column yang paling aku bersemangat, iaitu cita cita. Arwah Ayah dan Bang Leman kerja askar so pilihan pertama aku askar, kemudian polis and the last one was to be an astronaut.
Anyway...moving forward, bila habis sekolah tahun 1988, kerja yang pertama sekali aku apply ialah nak jadi polis. Sekali dengan si Ali, kitorang pergi IPD PJ nak ambik borang permohonan jadi polis.
Permohonan aku kena reject!! Kenapa? Sebab aku tak cukup tinggi. Sarjan tu cakap, kalau berkawad nanti tak cantik.

Tuesday, February 1, 2011

Torres


The January transfer window for this year was by far the most hyped and talked about. It was all due to the "Torres" factor. Chelsea nak beli, tapi Liverpool tak nak jual sebab Newcastle tak nak jual Carrol. Well...in the end semua kena jual jugak. The player is not bigger than the club. The club is more important than the player. But the British Pound is bigger and more important than the player and the club!

For me, Torres has been a great servant for Liverpool. He scored many great goals and LFC must respect his wish for a new challenge. Let him go and be a better player that he believes he will be. Tak payahla emotional sangat.