Keldai dibebas setelah dipenjaratiga hari
TUXLA GUITERREZ, Mexico 22 Mei -
Seekor keldai Mexico yang disumbat ke dalam penjara kerana mencederakan dua lelaki telah dibebaskan selepas tiga hari. Rangkaian Televisia semalam menunjukkan keldai yang dinamakan Blacky itu mengunyah makanan di dalam baldi selepas tiga hari berada di penjara yang diperuntukkan kepada pemabuk dan pengacau itu.
Blacky dipenjara kerana menggigit dan menendang dua lelaki berhampiran sebuah ladang di pinggir Tuxtla Gutierrez di negeri Chiapas. Keldai itu dibebaskan selepas pemiliknya membayar denda AS$36 (RM113.40) dan bil perubatan sebanyak AS$115 (RM362.25).
Pemilik keldai itu juga dikehendaki membayar ganti rugi untuk hari tidak bekerja melibatkan dua lelaki mangsa serangan sebanyak AS$480 (RM1,512).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment