Total Pageviews

Friday, March 18, 2011

Cancer and heroism

It seems to be a trend to associate cancer survivor with heroism. There is this romantic idea of glorifying the survivors. I personally see no heroism in it. Why? Cancer survivor have what all of us have, a mind. And cancer survivor will always be on the positive mind, which everyone can be one. You have what they have, and it's all about being positive. Be one, act one and influence many.

Tuesday, February 8, 2011

Ayokkkk...maknyerrr....(latah mode)


Dari lahir sampai habis sekolah rendah, aku dibesarkan Arwah Atok Usop dengan Uwan Biah. Tapi, asuhan dan pendidikan keperibadian aku turut juga dibentuk oleh banyak Atok Atok dan Uwan Uwan yang lain. Antaranya Tok Long Jantan. Nanti aku check apa pertalian sedara kami.


Tok Long Jantan ni suami pada Tok Long xxxx (nanti aku cuba ingatkan namanya). Rumah diorang jauh gak ke belakang. Kalau tak silap aku la, ada jugak supply letrik dengan air paip. Anak anak diorang ada dalam 7 orang kot, semua rakan sepermainan walaupun pangkat diorang tu kira pak sedara dengan mak sedara.


Tok Long Jantan ni peramah dan happy-go-lucky. Dia suka melawak dan melatah. Kalau ada kenduri, dialah yang jadi target kena cucuk. Tok Long Jantan suka bergaya...jangan main main. Yang paling best sekali, dialah yang mengajar aku main kompang. Malam malam, lepas Isyak, aku dengan Along berjalan pegi rumah dia nak belajarlah. Kitorang pakai torchlight Atok atau pelepah kelapa ikat jadi obor, sambil halau nyamuk.


Kompang kat rumah dia pun dah ada "mark" sapa punya. Ucu Semah, Tok Cu Bulat, Mat Dom, Izan (anak Tok Cu Bulat), Pak Long Nasir and banyak lagi kot main kompang sampai pukul 9-10. Best..best.


Bila aku masuk sekolah menengah, lepas tu start kerja, dah jarang jumpa dia. Ada sekali tu sampai bertahun gak la. Alhamdulillah, raya tahun lepas dapat jumpa dia. Mak eiii...tak berubah langsung muka dia. Kuasa Allah kan, mungkin sebab hati dia baik dan hidup yang sederhana.


Wednesday, February 2, 2011

Kawad tak cantik


Masa sekolah rendah dulu ada satu form ni yang kena isi. Ianya pasal butir fizikal tapi ada satu column yang paling aku bersemangat, iaitu cita cita. Arwah Ayah dan Bang Leman kerja askar so pilihan pertama aku askar, kemudian polis and the last one was to be an astronaut.
Anyway...moving forward, bila habis sekolah tahun 1988, kerja yang pertama sekali aku apply ialah nak jadi polis. Sekali dengan si Ali, kitorang pergi IPD PJ nak ambik borang permohonan jadi polis.
Permohonan aku kena reject!! Kenapa? Sebab aku tak cukup tinggi. Sarjan tu cakap, kalau berkawad nanti tak cantik.

Tuesday, February 1, 2011

Torres


The January transfer window for this year was by far the most hyped and talked about. It was all due to the "Torres" factor. Chelsea nak beli, tapi Liverpool tak nak jual sebab Newcastle tak nak jual Carrol. Well...in the end semua kena jual jugak. The player is not bigger than the club. The club is more important than the player. But the British Pound is bigger and more important than the player and the club!

For me, Torres has been a great servant for Liverpool. He scored many great goals and LFC must respect his wish for a new challenge. Let him go and be a better player that he believes he will be. Tak payahla emotional sangat.

Monday, January 31, 2011

Mana satu nak story dulu ni?


Hmm...hujan lebat tak berenti sampai banjir kat Johor, Melaka, N Sembilan dan Pahang. Mengingatkan kenangan menghantar bantuan banjir ke Pahang back in 2007. Aku dengan Sally nyaris tak mati bertembung dengan lori masa balik dari Rompin tengah malam. Anis and Sally (again) muntah muntah atas bot sebab tak dapat nak berlabuh pasal air surut kat Pekan.

Dunia bolasepak tengah menunggu samada Torres pegi Chelsea ke tidak. Elok la dia pegi kalau dah tak sudi. Simpan pun tak guna. 50million pounds can be used for many other great players. YNWA.

Dan...aku rasa aku dah jatuh cinta :)

Sunday, January 30, 2011

Basikal Chopper

Inilah basikal pertama yang aku miliki. Arwah Ayah belikan basikal masa darjah 3 kot. Antara pengalaman terindah dengan basikal ni adalah bila aku tersalah brek and fell into tahi lembu..face first. Dua orang kampung buddies, Leman dengan Idin sama sama belasah basikal ni. Macam macam gaya dan aksi stunt kampung di laksanakan secara jayanya.

Arwah Atok hanya kasi aku pakai basikal ni kat kawasan rumah aje. Dia tak bagi aku kayuh basikal pegi sekolah. Ada sekali aje pernah, itu pun dia escort.

Richard Ng

Sepanjang 5 tahun aku kerja kat Hilton KL, Richard Ng ni adalah antara sifu aku yang rapat. Dia kenalkan aku dengan guests yang regular and the trick and trade of hotel and F&B. Baik, suka buat lawak dan tak pernah stress.

Kalau habis kerja malam, dia akan tumpangkan aku balik. Selalunya, kitorang lepak kat mamak SS2 dulu, lepas tu baru dia hantar aku balik. Macam macam cerita lama la dia share. Aku pun cepat dapat sesuaikan diri sebab dia ajar trick dengan guest yang datang.

Hati dia baik. Tak pernah MC sepanjang 25 tahun kerja Hilton.

Tapi yang paling aku tersentuh, gaya dia macam iras iras arwah ayah.