Total Pageviews

Monday, April 7, 2014

She's very strong

Isnin, Apr 7 pukul 7pm.

Aku tengah upload gambar pegi Taman Rama Rama bila mak panggil. Dia mengadu tangan kiri dia tak boleh bergerak. Aku terus rasa semacam, takut dia kena strok lagi sekali.

Bila Rizal sampai rumah pukul 8 nak keluar dinner, aku terus bagitau dia to cancel. Aku panggil Faizul bersiap nak hantar mak ke UH. Hati aku berdebar sepanjang perjalanan. Mintak mintak semua ok.

Bila sampai kat E&T, doktor yang periksa bagitau yang mak aku kena strok, kena hantar buat test lagi. Sedih aku. Macam macam ujian dia terima. Sakit dia tak dapat aku berkongsi. Dengan kesedihan Along takda, tangan patah, badan lemah dan kena strok pulak. Tapi itulah....kata orang, kerana Allah sayang lah maka dia diuji. Aku diuji jugak.

Brain scan tunjuk ada pendarahan kat dua dua belah otak. Sambil aku menulis ni, tengah menunggu makluman selanjutnya dari hospital.

Mak aku ni sangat kuat orangnya.

Thursday, March 13, 2014

My best travel so far.

Hujung tahun 2011, aku mula merancang untuk naik keretapi Laluan Sutera. Ianya adalah landasan dari China ke Uzbekistan tapi tak sepopular tren Trans-Siberia tu.

Si Maz Kasmin nak join, aku pun buatkan bajet, semua sekali dalam RM15 ribu untuk perjalanan selama dua minggu. Aku dah bersedia untuk satu pengembaraan yang awesome!!!

Namun, macam orang cakap, Allah sentiasa ada rancangan yang lebih baik. Arwah Along kembali ke Rahmahtullah pada 11 Mac dan aku pun kensel trip tu pasal terkenangkan mak yang kesedihan teramat sangat.

Setelah berbincang dengan Bang Lan, kami setuju supaya Fadel dengan Fahmi duduk dengan aku. Pasal Faiz sekolah lagi, so dia stay dengan Bang Lan. Itupun pasal aku risau Bang Lan duduk sesorang.

Aku sedih tengok diorang. Nampak sugul dan hilang. Aku bagitau semua tiga tiga Fadel, Fahmi dengan Faiz, sekarang aku akan jaga dan tanggung semua belanja diorang. Fadel baru habis sekolah, Fahmi nak ambik SPM, Faiz PMR.

Fadel dah start kerja, so tak banyak hal sangat. Faiz pulak pendiam buat hal sendiri
 Si Fahmi ni yang ada isu sikit, tapi bila dah besar panjang nanti aku harap dia berubah.

Aku tahu yang diorang rasa terasing, sebab segan dengan aku. Aku pulak sibuk kerja sebab dah banyak perut nak tanggung. Diorang malu nak mintak duit belanja. Makan kat rumah pun segan segan. Pelan pelan aku slowtalk dengan setiap sorang. Alhamdulillah, sekarang diorang dah open dengan aku.

Aku jugak keinginan nak travel, nak shopping, nak gaya gaya. Tapi aku sedar, yang aku sekarang dah jadi mak dan ayah. Aku kena tinggalkan mentaliti bujang, dan ambik tanggungjawab sebagai parent.

Bajet bertukar, aku kena pastikan makanan cukup. Kena plan belanja sekolah Fahmi dengan Faiz. Standby belanja baju raya diorang jugak. Niat nak beli kereta, aku kensel sebab memang bajet lari nanti.

Bila aku start kerja Sime Darby, baru perasan takda baju kerja. Bajet tak cukup, so aku beli baju bundle aje. Ok la, kemeja RM5, seluar RM10. Belanjakan RM60 dapatlah 6 baju dengan 3 seluar.

Awal tahun 2013, mak kena hypertension. Semenjak tu sampai sekarang dia banyak terbaring. Jalan tak boleh, cakap pun tak terang. Sedih sangat aku sebab aku tahu dia masih murung semenjak Along meninggal. Nasib baik Ijan decided berenti kerja pasal anak dia dah makin besar. Kesian Ijan takda duit, so aku sekarang dah ada 8 orang nak tanggung. Mak pun sekarang kena jaga macam baby. Salinkan lampin, basuhkan berak, layan dia berborak dan dengar dia berleter semua orang.

Tapi aku tetap bersyukur sebab makanan dan belanja rumah tak putus. Kenduri kawin Fadel pun buat gotong royong, so banyak gak jimat. Aku terharu sebab banyak sedara datang tolong dan menyumbang.

Gaduh? Biasala, ada sikit sikit. Pengabisnya, Aciklah yang settlekan.

Alhamdulillah, masuk hari ini dah tahun kedua aku jadi single parent dan menanggung 8 perut. Aku bersyukur sangat sangat sebab Allah memberi aku jalan ini. Jalan ini payah, banyak keinginan kena dilupakan, ada kehendak kena tolak tepi.

Along mintak jaga anak dia, dan aku dah berjanji. Along mintak aku jaga emak dan aku dah berjanji.

Aku pulak? Ambik masa jugak nak adapt. Ada life bujang yang aku nak teruskan. Hati suka dan terpaut dengan Dila, tapi aku tahu dia dating someone. Dia terima aku sebagai kawan pun aku dah bersyukur. Allah nak tunjuk kuasaNya dengan mengurniakan deria cinta tapi tak tentu kita akan memilikinya. Ada la dating dengan sorang dua, tapi aku masih teringatkan Dila. Jumpa Ustaz dan aku luahkan. Dia suruh aku bersyukur kerana Allah membuka hati aku untuk seorang wanita. Aku kena bertanggungjawab dengan perasaan itu dan sentiasa berdoa yang baik baik untuk dia. Itulah yang aku buat. Jodoh aku mungkin liat, tapi demi janji aku pada Along, aku gembira kalau Dila dapat jodoh yang boleh berikan dia 100% perhatian.

Kepada Along, aku berterimakasih pada kau hidup dan mati. Walaupun kau dah bersemadi, kau masih berbudi pada aku. Kau telah bagi aku perjalanan yang aku takkan tukar walau sejuta kali aku boleh mengelilingi alam semesta ini. Kau bagi aku kunci syurga, menjaga anak anak kau dan emak. Aku doakan kau aman, tenang dan diluaskan alam barzakh kau di sana.

Terimakasih untuk kembara perjalanan yang sangat awesome ini.

Al Fatihah, Allahyarhamah Norita binti Jamaludin